PROFILE SYARIKAT

LATAR BELAKANG

Cahaya Sepakat Enterprise telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Januari 2014 dengan aktiviti utamanya adalah di dalam bidang perkhidmatan sewa kanopi/khemah untuk pelbagai majlis. Syarikat ini mempunyai pejabat dan gudangnya sendiri untuk mengurus dan menempatkan segala peralatan kanopi. Mempunyai seramai 10 orang pekerja sepenuh masa yang berpengalaman dan berdedikasi serta turut dibantu oleh 15 orang pekerja sambilan mampu untuk melicinkan operasi syarikat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

 LOGO RASMI SYARIKAT

LOGO-01

 VISI

Menjadi sebuah syarikat perkhidmatan sewa kanopi Bumiputera Islam terbaik dan mampu menjadi contoh kepada syarikat lain.

MISI

Memberikan perkhidmatan sewa kanopi/khemah terbaik dan berkualiti dengan menyediakan pelbagai pakej lengkap yang menarik sesuai dengan majlis dan bajet pelanggan.

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan sewa kanopi/khemah dengan menawarkan harga yang amat berpatutan dengan menyediakan pelbagai pakej lengkap yang menarik tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.

  • Menawarkan khidmat nasihat kepada para pelanggan yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kami.

  • Memastikan setiap tugasan atau projek yang di jalankan dapat dilaksanakan secara efektif, efisyen dan berkualiti tinggi serta memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

  • Mengembangkan lagi syarikat dalam industri perkhidmatan sewa kanopi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar.

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama syarikat: Cahaya Sepakat Enterprise

Pengurus Operasi: En. Aminuddin Bin Baharom (En. Din)

Bentuk perniagaan: perkhidmatan sewa kanopi/khemah untuk pelbagai majlis rasmi kerajaan, badan swasta dan persendirian.

Alamat utama: No. 95, Kampung Relang, 34520 Batu Kurau, Taiping, Perak.

Nombor Telefon: 013-5444350 / WhatsApp: 017-4954781

Laman web: http://cahayasepakat.com

Facebook page: Cahaya Sepakat Enterprise

Email: cahayasepakat@gmail.com